Wednesday, 26 December 2012

Mata Pelajaran Sejarah di Kolej Vokasional

Mulai tahun 2013, SMV Tg Ampuan Afzan  Bentong akan dinaik taraf sebagai Kolej Vokasional Tg. Ampuan Afzan, Bentong. Bagi mata pelajaran Sejarah, pelajar akan diwajibkan mengambil mata pelajaran ini selama 4 semester dan membawa 1 jam kredit.  Kod Modul Sejarah ialah AMT 107. Masa pembelajaran ialah selama 14 minggu iaitu 14 jam face to face dan 26 jam non face to face. Peruntukan markah 30% akan dinilai  oleh guru dan 70% adalah markah peperiksaan yang akan diadakan pada hujung setiap semester. Pelajar yang gagal akan mengulang peperiksaan semasa semester pendek. Justeru itu para pelajar diingatkan untuk tidak ponteng kelas kerana markah kehadiran sangat dititiberatkan. Tingkahlaku anda juga diperhatikan oleh setiap guru anda kerana semua itu akan dinilai dari mula anda menjejakkan kaki ke sekolah. Berikut adalah pemetaan kurikulum mata pelajaran Sejarah Kolej Vokasional:


      1. Semester 1 (14 jam)
  • Modul 1: Zaman Kesultanan Melayu Melaka (KMM)
    • 1.1 pengasasan KMM
    • 1.2 kegemilangan Melaka dalam pentadbiran
    • 1.3 kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan
    • 1.4 kegemilangan Melaka dalam hubungan luar
    • 1.5 kegemilangan Melaka dalam penyebaran Islam 
    • 1.6 kegemilangan Melaka sebagai pusat intelektual
    • 1.7 kegemilangan Melaka dalam peluasan kuasa
    • 1.8 kemerosotan Melaka
  • Modul 2: Kesultanan Melayu menjadi asas kerajaan-kerajaan masa kini
    • 2.1 Johor menegakkan semula kewibawaan KMM
    • 2.2 latar belakang pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu
    • 2.3 warisan Kesultanan Melayu
    • 2.4 Sabah dan Sarawak
     2. Semester 2 (14 jam)
  • Modul 3: Kemakmuran dan kekayaan negara kita menarik kuasa luar untuk menjajah
    • 3.1 penapakan dan peluasan pengaruh British di NNS
    • 3.2 penapakan dan peluasan pengaruh British di NMB
    • 3.3 penapakan dan peluasan pengaruh British di NMTB
    • 3.4 penapakan dan peluasan kuasa British di Sarawak
    • 3.5 penapakan dan peluasan kuasa British di Sabah
    • 3.6 penguasaan hasil bumi dan kesannya
  • Modul 4: Kemunculan dan perkembangan nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua
    • 4.1 perjuangan pemimpin setempat menentang British
    • 4.2 gerakan nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua
    3. Semester 3 (14 jam) 
  • Modul 5: Kesedaran tentang pembinaan negara dan bangsa
    • 5.1 latar belakang konsep negara dan bangsa
    • 5.2 ciri-ciri negara dan bangsa dalam KMM
    • 5.3 warisan Negeri-negeri Melayu
  • Modul 6: Pembinaan negara dan bangsa ke arah kemunculan negara Malaysia berdaulat
    • 6.1 Malayan Union 1946
    • 6.2 Persekutuan Tanah Melayu 1948
    • 6.3 Kemunculan negara yang berdaulat 31 Ogos 1957
    • 6.4 pembentukan Malaysia 16 September 1963
   4. Semester 4 (14 jam)
  • Modul 7: Sistem pemerintahan negara
    • 7.1 Demokrasi berparlimen
    • 7.2 Kerajaan Persekutuan
    • 7.3 Lambang-lambang negara
  • Modul 8: Usaha ke arah perpaduan bangsa
    • 8.1 Rukun Negara
    • 8.2 Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
    • 8.3 Akta Bahasa Kebangsaan
    • 8.4 Dasar Kebudayaan Kebangsaan
    • 8.5 Sukan untuk perpaduan
  • Modul 9: Menuju negara maju
    • 9.1 sumbangan tokoh-tokoh negara
      • Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
      • Tun H.S Lee
      • Tun V.T Sambathan
      • Zainal Abidin Ahmad
      • Tun Dr. Mahathir Mohamad
    • 9.2 wawasan 2020
    • 9.3 cabaran masa depan

3 comments:

  1. Diharap pelajar KV akan lebih berdisiplin dan lebih patriotik berbanding pelajar sekolah lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalammualaikum cikgu .saa ingin meminta serba sediit pertolongan tentang folio sejarah semester 4 . .

      Delete
  2. adakah pelajaran sejarah yang diajar di VoK diwajibkan seperti pelajaran Bahasa Malaysia... Seperti yg diketahui ramai pelajar tiada sijil sejarah... Alasan pelajar "tidak tahu"..
    Walaupun megenggam diploma..Ini mengakibatkan pelajar tidak dapat meneruskan pembelajaran diperingkat lebih tinggi.. Soalannya,, mengapa jadi begini?

    ReplyDelete